Awal Bulan: MuharramSafarRabiul AwalRabiul AkhirJamadil AwalJamadil AkhirRajabSyaabanRamadhanSyawalZulkaedahZulhijjah Tahun: 144514461447
Pilih Hari : Hari Ijtimak Selepas Hari Ijtimak Sebelum Hari Ijtimak
Maklumat Lokasi:
(Kalkulator ini masih peringkat percubaan. Sebarang masalah akan dimurnikan dari semasa ke semasa)
KaDaR 2021 adalah singkatan Kalkulator Data Rukyah ver. 1.2021, merupakan perisian kalkulator web bagi menerbitkan data pra-rukyah untuk aktiviti rukyah/cerapan matahari dan bulan. Perbandingan data yang dijana dengan data janaan oleh perisian lain menunjukkan wujudnya perbezaan. Namun kadar beza tersebut dianggap kecil untuk aktiviti rukyah hilal. Instrumen kategori 'high magnification' tidak sesuai menggunakan data ini.
KaDaR 2021 menjana data untuk kegunaan tiga hari pada setiap awal bulan Hijriyah, iaitu (1) hari sebelum ijtimak, (2) hari ijtimak berlaku dan (3) hari selepas berlakunya ijtimak.
KaDaR 2021 tiada memberi maklumat akan tarikh hijri yang sepadan, sebagai contoh, hari ijtimak itu boleh jadi bersamaan hari 29hb, atau hari 30hb, atau hari 28hb. Pilihan tiga hari tersebut adalah berdasarkan kebiasaan rukyah dilakukan menurut pengalaman penulis.
Data rukyah yang dijana oleh KaDaR 2021 ditetapkan bermula 1 jam 30 minit sebelum matahari terbenam. Tetapan seawal ini membolehkan aktiviti cerapan matahari dilakukan sebelum diteruskan dengan aktiviti cerapan bulan/hilal.
Keterangan data paparan;
Semoga bermanfaat.
A. T. April 2021