![]() | ||
|
||
Lokasi : Kuala Terengganu, Terengganu (GMT 8)
Peta Visibiliti HilalPemetaan memaparkan Kriteria MABIMS 2016 (Biru ke Hijau) dengan tambahan kriteria saduran model Odeh, Shaukat dan McNally (Kuning). Kaedah pemetaan adalah dengan menghitung posisi bulan dan matahari di setiap kordinat pada sela 1.5° pada julat latitud 70° Utara dan 70° Selatan. Hitungan tidak dapat dibuat di luar julat tersebut setakat ini. Posisi bulan dan matahari yang diperolehi dibandingkan dengan model kriteria MABIMS (alt 3° dan elongasi 6.4°). Pembahagian warna berdasarkan justifikasi berikut dengan elongasi toposentrik (sudut pemisahan/angular separation) - Hijau : elongasi melebihi 12°, Ungu: elongasi melebihi 9°, Oren: Melebihi 7.5°, Biru: elongasi melebihi 6.4°, Kuning: Melebihi 5°, Pink dan Merah: bawah 5° dan 3°-tidak melepasi mana-mana kriteria kenampakan. Kriteria yang tidak menggunakan justifikasi 'hilal boleh nampak' tidak termasuk dalam pemetaan ini.
Garis Hijau: Garisan elongasi geosentrik 6.4°
![]()
Hijau : sangat mudah kelihatan.
Ungu : mudah kelihatan. Oren : boleh kelihatan dengan mata. Biru : boleh kelihatan dengan mata, mungkin perlu bantuan alat Kuning : mungkin kelihatan dengan alat konvensional sahaja. Pink : tidak boleh kelihatan. Merah : tidak boleh kelihatan. Tiada warna : tidak boleh/mustahil kelihatan/unknown. Garis Hijau: Garisan elongasi geosentrik 6.4° Garis Putih: Garisan elongasi toposentrik 6.4° (airless - Malaysia) Garis Kuning: Garisan elongasi 8° dan altitud 5° (Global Hijri Calendar - Turkiye 2016 Proposal)
|
||
|