(Lebih serasi dengan Chrome Browser)
Kalkulator Azimut Tanda Rujuk adalah sistem hitungan
untuk mendapatkan garisan (azimut) yang menghubungkan dua titik koordinat GPS untuk jarak kurang 10km/20km. Kalkulator ini sesuai untuk pengguna yang telah
mempunyai kemahiran asas ilmu falak praktik. Koordinat lokasi adalah titik
posisi anda berada, dan koordinat objek tanda rujuk adalah titik koordinat objek yang anda
mahu dapatkan nilai garisan azimut, iaitu arah objek tersebut dari posisi anda. Koordinat
ini boleh diperolehi menggunakan sebarang perisian aplikasi/peta yang sesuai. Anda boleh mencuba 'Device
Geolocation' yang akan mengesan koordinat posisi anda daripada peralatan anda, jika boleh.
Taipkan koordinat dalam format darjah dan titik perpuluhan seperti '5.76543'
atau dalam format 'dms' (darjah, minit, saat) menggunakan kekunci [spacebar] sebagai pemisah
seperti '5 34 45' sebagai contoh. Jika menggunakan koordinat gps (geolocation) daripada gajet, jarak objek sesuai adalah melebihi 1 km bagi mengatasi ralat kejituan (accuracy).
*Butang opsyen ini akan menggunakan geolocation pelayar web anda. Pastikan capaian lokasi telah dibenarkan (location enabled/allowed)